Friday, 12 October 2012

Speech given by the President of PKMS during the 21st Biennial General Meeting 2012



President Mr Abu Mohamed Speech during PKMS's 21st Biennial General Meeting


Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,

Yang Berhormat Pemangku Timbalan Presiden, Saudara Ismail Mohd Yaacob,

Yang Berhormat Pemangku Naib Presiden I, Saudara Raja Md Khalid Bin Raja Adnan,

Yang Berhormat Naib Presiden II, Saudara Abdul Mutalib Bin Ithnin,

Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita,

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi dan Para Perwakilan,

Yang Berbahagia Mantan Mantan Presiden, Pemerhati Khas, Pemerhati Pemerhati,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

Assalam’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.

Saya dan juga barisan Pentadbiran terkini sedang dalam perjalanan memperkenalkan formula atau rumusan kearah Perpaduan dan Pembaharuan untuk melupakan insiden-insiden pahit dan silam yang telah menenggelamkan nama baik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura.
Perpaduan yang dimaksudkan disini adalah sama sama berganding bahu kembali kepada asas-asas dan tujuan-tujuan yang tertera di-dalam Perlembagaan PKMS.
Pembaharuan dan Kemajuan kearah taraf  Melayu Global, supaya dapat memulihkan Imej PKMS dari pandangan pandangan negatif oleh rakyat Singapura khususnya masyarakat Melayu Islam.

Banyak lagi kerja kerja yang harus di-kemaskinikan untuk sumbangan dan aktiviti-aktiviti membena kepada masyarakat Singapura.
Ini semua akan dapat dilaksanakan dengan adanya Kewibawaan Pemimpin dan dokongan Seiausaha Kerja Pentadbiran yang mempunyai pemikiran dan fahaman mantap.
Kita harus fikirkan dan laksanakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bersama untuk kepentingan masyarakat Melayu, bukan apa yang kita mahukan untuk kepentingan individu.

Ingin juga saya memperingatkan kepada Pemimpin Pemimpin dan Setiausaha Kerja yang mentadbir supaya jangan sekali kali lupa akan jasa jasa dan pengalaman pengelaman Pemimpin Pemimpin dan Pentadbiran lama. Ambillah pengalaman pengalaman mereka sebagai pelajaran dan panduan tambahan bagi meneruskan perjuangan Pertubuhan ini.

Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencotohi dan mengambil pengajaran bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan PKMS, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.

Tuan Tuan dan Puan Puan yang dihormati,

Dengan mengambil sikap “Buang yang keroh, ambil yang jernih” saya menyeru kepada anda, berkuasa hari ini 5hb February 2012, bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433 Tahun Hijrah, agar kita mulakan lembaran baru bagi PKMS, Parti yang kita cintai bersama. Dengan semangat dan iltizam yang serba baru untuk bersama sama dengan lebih setengah juta Umat Melayu Islam Singapura bagi mencorak dan mengukur kemajuan masyarakat kita dipersada Nasional baik dari segi ugama, politik, sosio ekonomi, pelajaran, kebudayaan dan bidang bidang kepentingan yang lain.

Kita tidak rela untuk menjadi masyarakat yang ketinggalan serba-serbi dan dari segala sudut – tidak ada jalan lain, selain dari meningkatkan ilmu dan kemahiran, berkerja keras serta berdo’a dan bertawakkal kepada Allah Subhanahu wata’ala.
Bersandarkan Firman Allah yang bermaksud, “ Maka apabila kau telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”.

Kita sedang menghadapi cabaran besar di negara kita sendiri, selaku anak bumiputera negeri, dimana kita, serta rakyat Singapura yang lain, dan bangsa  asing saling bersebelahan mengejar peluang peluang pekerjaan, ekonomi dan kegunaan infrastruktur dengan nisbah 60:40 --- yakni bagi sekitar tiap tiap 60 rakyat Singapura, ada sekitar 40 warga asing yang juga merebut bersama peluang peluang yang ada.

Kita harus pertingkatkan kesedaran Nasional masyarakat kita untuk memahami arus siasah dan sosio-ekonomi yang akan menjejas kita. Dengan itu juga, kita perlu mengatur siasah dan merebut apa jua peluang sosio-ekonomi yang ada.
Kita juga harus peka dengan geopolitik diperantauan ASEAN dan menyorot dengan tajam segala perkembangan dan implikasi global di-arena antarabangsa yang turut akan menjejas nilai penghidupan kita.

Pada intinya, kita harus lebih bersedia untuk menangani isu isu semasa, baik didalam, maupun diluar negara yang akan memberi dampak negatif ataupun positif terhadap masyarakat Melayu Islam Singapura.

Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri....., bangkit untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatriawan PKMS.

Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

Khususnya, kalunglah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura yakni PKMS.

Dengan setakat ini, saya akhiri kata kata saya dengan dua rangkap pantun:

NABI  BERSABDA  PADA  UMMATNYA;
CARILAH  ILMU  SAMPAI  NEGERI  CINA;
ORANG  MELAYU  HENDAK  ARAH  KEMANA;
KALAU  TAK  BOLEH  BERKERJA  SAMA;

POHON  MERANTI  SI POHON  JATI;
DIPOTONG  POTONG  DIBUAT  PAPAN;
KALAU  KITA  TAK  BERSATU  HATI;
HANCUR  MUSNAHLAH  MASA  HADAPAN;
 
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful
Respected Chairman,
Deputy Chairman,
Acting Vice President, Mr Ismail Mohd Yaacob,
Acting Vice President I, Mr Raja Md Khalid Bin Raja Adnan,
Vice President II, Mr Abdul Mutalib Ithnin,
Heads of the Youth and Women’s Wings,
Executive Council members and Representatives,
honoured former presidents, members, ladies, and gentlemen.
Assalam’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
May peace be upon you and with the mercy of Allah and His blessings
Alhamdulillah, wealth of praises to Allah, the Most Generous, Most Gracious, who with His permission has allowed us to gather in this distinguished meeting. Selawat and praises to our Prophet Muhammad SAW whose leadership must be exemplified.  
The current administration and I are on the path to introducing means and measures to attain solidarity and reformation, so as to put the past incidents which has tarnished the good name of the Singapore Malay National Organisation or PKMS, behind. 
The solidarity here refers to us working together, hand in hand, in accordance to the PKMS Constitution.
The reformation and advancements are towards being global Malays, to restore the image of PKMS in the eyes of Singaporeans, especially the Malay Muslim community.
There is still much to be done, contributed and organised for the Singapore society.
This is possible through the presence and charisma of leaders and support from the secretariat, all of whom possess the critical thinking and understanding needed.
We must think and execute initiatives together for the betterment of the Malay community, not for individual importance.
Allow me to remind the current leaders and secretariat not to forget the deeds and experiences of past leaders. Derive lessons and guidance from them in order to continue in this fight for excellence with PKMS.
We must follow their excellent examples and learn, so as to improve the PKMS fight, which has witnessed much blood, sweat, toil and tears. A party, that has done much for the society.  
Respected members,
As we adopt the notion of learning from the past, I urge you, as of today 5th February 2012, 12 Rabiulawal of 1433 Hijrah, to open a new chapter with PKMS, the party we all hold so close to our hearts. With renewed determination and commitment, let us partner the more than half a million Singaporean Malay/Muslims to carve continued success at the national level. Be it in religion, politics, socio-economy, education, culture and many other fields of importance.
We do not want to lag as a community in all aspects. There is no other way, except to enhance our knowledge and skills, invest more hard work and let’s not forget our best weapon, doa and tawakal to Allah SWT.
Allah has said: “When you have strived, place tawakal upon Me.”
Members, as bumiputera or natives of the country, we are facing a huge challenge in our very own homeground. We and other Singaporeans need to grab opportunities in the employment, economy and usage of infrastructure at a ratio of 3:2 (60:40). For every 3 Singaporeans, there will be 2 foreigners competing for the same thing.  
We need to enhance national awareness amongst ourselves in order to understand how the government works and the socioeconomy that will affect us. After which, we should then strategise our way and grab whatever socioeconomic opportunities that may arise.
We also need to be aware of the geopolitics in Asean and take note of all developments as well as their global implications, which in turn will affect our lives.
In essence, we need to be prepared to manage current issues plaguing us, be it within Singapore or outside, because it will produce negative and positive effects in the Malay Muslim community of Singapore.
May I please ask all to rise from your seats to show our gratitude to the forefathers, the past warriors of PKMS. Thank you.
As we understand, it is the norm to have differences of opinion within a party. But what’s important is that the differences, discourses, must bring benefit, not disruption. Hence, let’s offer our utmost respect to the party of PKMS.
With this, I end my speech with two pantun:
NABI  BERSABDA  PADA  UMMATNYA;
CARILAH  ILMU  SAMPAI  NEGERI  CINA;
ORANG  MELAYU  HENDAK  ARAH  KEMANA;
KALAU  TAK  BOLEH  BEKERJA  SAMA;
POHON  MERANTI  SI POHON  JATI;
DIPOTONG  POTONG  DIBUAT  PAPAN;
KALAU  KITA  TAK  BERSATU  HATI;
HANCUR  MUSNAHLAH  MASA  HADAPAN;
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 


Terima kasih.

















Abu Mohamed
Pemangku Presiden
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura.

Wednesday, 10 October 2012

PKMS 's Party Leadership 2012-2014


PKMS'S 21ST BIENNIAL GENERAL MEETING HELD ON 5TH FEB 2012 AT THE LANDMARK VILLAGE HOTEL 

ABU BIN MOHAMED
PRESIDENT

ISMAIL BIN MOHD YAACOB
DEPUTY PRESIDENT

RM KHAILID BIN R ADNAN
VICE PRESIDENT 1

ABDUL MUTALIB BIN ITHNIN
VICE PRESIDENT 2

FADZLI BIN MAJURI
HEAD OF YOUTH WING

NOR ADIBAH BINTE MAHAT
HEAD OF WOMEN WING

ABDUL JAMAL BIN ABDUL RASHID
SECRETARY GENERAL

NADIA BINTE YUSSOF
TREASURER

MALIK BIN ISMAIL
HEAD OF INFORMATION



MOHD AKBAR BIN JALIT
SUPREME COUNCIL

JUMAAT BIN ALWI
SUPREME COUNCIL

MOHD AZHAR BIN KAHARUDIN
SUPREME COUNCIL 

RAMLI BIN MARUCOM
SUPREME COUNCIL

MOHD AZ-ZAHARI BIN AHMAD KAMIL
SUPREME COUNCIL

MOHD HAIRULLAH BIN AHMAD
SUPREME COUNCIL

HAJI ATAN BIN RAFIEE
SUPREME COUNCIL

ISMAIL BIN SALLEH
SUPREME COUNCIL

MARYAM BINTE KAMARUDDIN
SUPREME COUNCIL

MARDIANAH BINTE MINHAT
SUPREME COUNCIL

MESLINA BINTE JUMAHAT
SUPREME COUNCIL

NOH BIN SAID
SUPREME COUNCIL

RAHMAT BIN HAJI AHMAD
SUPREME COUNCIL

MOHD RAMADAN BIN LATIFF
SUPREME COUNCIL

ROSLI BIN RAMAD
SUPREME COUNCIL

SOFYAN BIN AHMAD JOYRI
SUPREME COUNCIL

YUSOF BIN BAKRI
SUPREME COUNCIL